Rabu, 26 November 2008


PPIK BUKIT MERAH MUKIM BERIAH,

BUKIT MERAH 34310 BAGAN SERAI PERAK
SEJARAH KAMPUNG BUKIT MERAH
Penerokaan Bukit Merah
Mengikut cerita yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Beriah, Bukit Merah telah diterokai oleh enam orang iaitu Haji Omar, Tok Kasa, Tok Man Nor, Tok Leman, Tok Sulaiman dan Tok Manah yang dikatakan berasal dari Titi Serong. Pada ketika itu, tiada jalan raya mahupun jalan kereta api, yang ada Cuma denai pejalan kaki dari Alor Pongsu ke Batu 2, Bukit Merah. Pada masa dahulu, Bukit Merah merupakan kawasan hutan kayu balak dan telah diterokai hingga akhirnya kawasan itu menjadi kawasan penanaman getah dan kawasan lembah dijadikan sawah padi.


Stesen Kereta Api Bukit Merah dahulunya menjadi stesen persinggahan mengambil penumpang dan pernah menjadi pusat perdagangan penduduk kampung
Nama Bukit Merah tercetus apabila tanah bukit yang diterokai oleh peneroka asal tadi berwarna merah. Salah seorang dari mereka telah mencangkul tanah bukit itu dan terjumpa tanah merah dan akhirnya kawasan itu dinamakan Bukit Merah sempena peristiwa itu. Pada zaman pemerintahan Jepun, penduduk di Bukit Merah bekerja sebagai nelayan dan penebang kayu balak. Pada masa itu, kereta api menjadi salah satu pengangkutan dan terdapat sebuah stesen kereta api di Bukit Merah. Penduduk menjual kayu balak melalui stesen kereta api ini. Setelah Jepun menyerah kalah, penduduk kampung ini membuka tanah baru. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ramai orang luar datang meneroka tanah hutan di Bukit Merah. kebanyakan mereka datang dari Kedah dan Perlis.

Tiada ulasan:

PELANCONGAN & TEMPAT RIADAH LAKETOWN BUKIT MERAH